Kuala Klawang
Kuala Klawang

Kuala Klawang

Kuala Kelawang ialah bandar terbesar bagi daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Sungai Kelawang tidak begitu lebar , cuma 2 meter lebar dan kadang-kala airnya kering. Hulu sungai ini dipercayai dari Bukit Hantu.Kira-kira 36 kilometer dari Seremban, bandar ini dihuni oleh masyarakat majmuk majoritinya Melayu diikuti keturunan Cina dan India. Orang Melayu tinggal di kampung-kampung sementara kaum Cina tingal di bandar Kuala Kelawang menjalankan perniagaan dan perdagangan.Oleh kerana Jelebu adalah sebuah daerah pertanian, kebanyakan ekonomi Kuala Kelawang adalah berkaitan dengan industri asas tani. Tanaman utama di sini ialah kelapa sawit dan getah serta buah-buahan seperti durian dan buah naga. Durian Jelebu terkenal hingga ke bandar Seremban, Kajang, Semenyih dan Kuala Lumpur kerana saiznya yang besar dan baunya menyengat , tidak seperti durian Siam.Sebagai bandar utama di daerah Jelebu, beberapa kemudahan penting disediakan oleh kerajaan. Antaranya ialah Muzium Adat Negeri Sembilan, Kompleks Pentadbiran Daerah Jelebu,Balai Polis Kuala Kelawang, Stadium Kuala Kelawang , Sekolah Menengah Teknik Kuala Kelawang, MRSM Kuala Kelawang, Hotel Kuala Kelawang dan jalan raya besar dari Seremban ke Kuala Kelawang. Terdapat tiga stesen minyak iaitu Petronas, Shell dan BHP. Jelebu juga terkenal dengan hidangan sate tulang selain masakan tradisi Negeri Sembilan iaitu Masak Lemak Cili Api.Air terjun Jeram Toi menjadi tumpuan penbduduk tempatan untuk berkelah. Jalan raya yang bengkang-bengkok dan berliku berhampiran Jeram Toi telah dilurus dan dilebarkan bagi memudahkan penduduk berulang-alik ke Seremban dan sebagainya. Semua ini berkat dari usaha ahli parlimen Jelebu iaitu Datuk Seri Panglima Dr Rais Yatim.Tarikan utama pelancongan di sini ialah homestay di mana pengunjung boleh menikmati keindahan suasana kampung sambil merehatkan diri dan minda.P126 Jelebu
N01 Chennah
N02 Pertang
N03 Sungai Lui
N04 KlawangP127 Jempol
N05 Serting
N06 Palong
N07 Jeram Padang
N08 BahauP128 Seremban
N09 Lenggeng
N10 Nilai
N11 Lobak
N12 Temiang
N13 Sikamat
N14 AmpanganP129 Kuala Pilah
N15 Juasseh
N16 Seri Menanti
N17 Senaling
N18 Pilah
N19 JoholP130 Rasah
N20 Labu
N21 Bukit Kepayang
N22 Rahang
N23 Mambau
N24 Seremban JayaP131 Rembau
N25 Paroi
N26 Chembong
N27 Rantau
N28 KotaP132 Port Dickson
N29 Chuah
N30 Lukut
N31 Bagan Pinang
N32 Linggi
N33 Sri TanjungP133 Tampin
N34 Gemas
N35 Gemencheh
N36 RepahKoordinat: 2°56′N 102°05′E / 2.933°N 102.083°E / 2.933; 102.083

Berkaitan